Washington dilanda ribut salji sehingga mencecah ke paras peha. Presiden Barack Obama secara berjenaka menggelarnya “snowmageddon”.
Mungkin perubahan cuaca yg melampau beberapa tahun kebelakangan ini mengajak kita untuk berfikir dan mengambil peringatan tentang kebesaran dan kekuasaanNya. Betapa banyak orang yg mati kerana cuaca dunia yg terlalu panas atau terlalu sejuk. Banyak yg kehilangan saudara, tempat tinggal dan harta benda yg lain, segalanya diambil dlm jangkamasa yg sebegitu singkat.
Semoga segala kejadian alam ini menjadi i’tibar kepada kita. Tanda-tanda kekuasaanNya yg sepatutnya menyedarkan kita betapa kita ini hambaNya yg kecil dan dhaif. Semoga kita menjadi hamba yg lebih bersyukur 🙂