RSS

Sayangkan anak tangan-tangankan…

12 Feb

Apakah yg tersirat di sebalik bidalan sayangkan anak tangan-tangankan? Apakah anak2 perlu selalu dipukul dlm proses mendidik mereka? Mari kita lihat apakah simbolik di sebalik bidalan ini dengan melihat fungsi tangan.

*antara fungsi tangan ialah menunjuk (tunjuk atau tuding). Secara simboliknya, di dlm usaha kita untuk mendidik anak2, antara lain ialah dengan menunjukkkan sesuatu dgn cara yg betul, iaitu melalui sikap kita.

*tangan digunakan utk memimpin (memegang tangan org lain menuju ke suatu arah). Secara simboliknya, peranan ibu bapa ialah utk memimpin, memberi panduan (guide) anak2 semasa mereka menuju proses kematangan. Sbg contoh, membawa anak2 ziarah ke rumah saudara & rakan2 utk membiasakan mereka bersosial dlm bentuk yg lebih sihat dan terkawal atau membiasakan mereka menghadiri majlis2 dgn adab dan tata susila yg baik.

* tangan itu antara fungsinya yg lain ialah membelai. Para ibu bapa digalakkan membelai anak2, mengusap ubun2 mereka terutamanya selepas solat berjemaaah atau semasa mereka sedang tidur. “Membelai” di sini juga membawa maksud selalu memberi salam pada anak (bayangkan betapa besarnya rahmat & berkat jika perbuatan ini dilazimi). Ia juga membawa maksud sebaik-baiknya berilah kpd anak2 pujian pada setiap perbuatan baiknya dan memberi harapan yg baik utk kehidupan mereka pd masa akan datang.

* tangan juga digunakan utk menarik. Apa yg dimaksudkan di sini ialah menjaga pergaulan anak2, memantau dgn siapa mereka berkawan, dan memantau apakah aktiviti yg mereka lakukan bersama. Fungsi tangan ini juga bermaksud menjaga pemakanan mereka. Pastikan mereka mendapat pemakanan yg halal & bersih, cukup khasiat pemakanannya, elakkan makanan yg masam2, lebihkan makanan berkhasiat spt kurma & kismis. Anak2 juga perlu dipastikan mendapat tidur yg cukup agar proses tumbesaran mereka berjalan lancar dan beri mereka masa utk mereka bermain supaya minda mereka teransang. Jangan galakkan anak2 menonton tv terlalu lama, terutamanya sebelum mereka masuk tidur.

*fungsi tangan yg lain ialah memukul. Memukul di sini bukanlah sehingga ke sampai tahap mendera. Memukul di sini tujuannya utk mendidik, bukan disertai dgn emosi yg melampau. Ini adalah jalan terakhir di dalam mendidik anak2 dan tidak digalakkan utk dibuat. Antara perkara yg perlu diambil perhatian ketika membuat keputusan ini ialah: 1) tidak memukul semasa marah, dikhuatiri memukul secara berlebihan, 2) elakkan bahagian muka, dada atau perut, 3) jgn pukul lebih dari 3 kali, 4) jgn pukul sehingga lebam, luka atau bertanda, 5) ingatkan diri anda itu sbg pengajaran utk anak anda, bukannya menghukumnya secara melulu.

 
Leave a comment

Posted by on February 12, 2010 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: