RSS

Diet berdasarkan jenis darah

09 Mar

Jenis A – pemilik kumpulan darah ini mampu menghadamkan karbohidrat dengan begitu berkesan kerana  tahap asid yang begitu rendah di dalam perut. Enzim penghadaman yang tinggi di dalam usus turut membantu penghadaman karbohidrat. Walau bagaimanapun, tahap asid yang rendah dan jumlah enzim yang tinggi, di tambah pula dengan kekurangan tahap alkali usus, menyukarkan pemilik darah ini menghadamkan lemak dan protein haiwan. Kumpulan darah ini digalakkan untuk memilih diet vegetarian. Mungkin ramai yang merasa sukar untuk beralih kepada makanan seperti protein soya, biji-bijian dan sayur-sayuran. Dan juga, adalah penting untuk kumpulan darah ini memilih diet yang segar dan organik. Diet seperti ini mampu mempertingkatkan sistem imun dan menghalang tubuh daripada terdedah kepada pelbagai penyakit.

Jenis B – antara cabaran besar untuk kumpulan darah ini mengekalkan kesihatan yang optima ialah kecenderungan untuk mengeluarkan tahap kortisol yang tinggi ketika stress, dan sensitiviti kepada lektin di dalam makanan tertentu. Kedua-dua perkara ini membawa kepada inflamasi dan risiko yang tinggi untuk mendapat Sindrom X; pertumbuhan yang lambat, ancaman virus dan kecenderungan mendapat penyakit autoimun (sistem imun yang menyerang sel-sel biasa). Makanan seperti jagung, gandum, tomato, kacang tanah dan bijan menyumbang kepada penambahan berat badan kepada kumpulan ini. Makanan tersebut juga melambatkan proses metabolisma; menyebabkan rasa letih, penyimpanan air yang berlebihan di dalam badan (fluid retention) dan hyphoglycemia (kejatuhan kadar gula di dalam darah dialami selepas makan). Makanan lain yang perlu dielakkan ialah daging ayam kerana ia mengandungi lektin. Lektin akan menyerang aliran darah dan menyebabkan stroke dan gangguan sistem imun. Sebaik-baiknya gantikan daging ayam dengan daging kambing, arnab atau rusa😉 . Untuk mengurangkan berat badan, kumpulan darah ini boleh memilih makanan seperti sayuran hijau, telur, daging (selain daripada daging ayam), dan produk tenusu rendah lemak.

Jenis AB – kumpulan darah ini mewarisi keadaan yang ada pada kumpulan darah A, iaitu tahap asid yang rendah di dalam perut, dan adaptasi kepada daging di dalam kumpulan darah B. Tahap asid yang rendah menyebabkan daging tidak dapat dihadamkan dengan sempurna dan disimpan sebagai lemak di dalam badan. Kumpulan darah ini juga mudah mendapat hypoglycemia seperti kumpulan darah B apabila jenis makanan yang sama diambil. Mereka juga perlu mengelakkan kafein dan alkohol terutamanya apabila mereka mengalami stress. Mereka digalakkan untuk mengambil makanan seperti tofu, makanan laut, produk tenusu dan sayur-sayuran hijau untuk mengurangkan berat badan. Elakkan daripada mengambil daging yang diawet kerana ia boleh menyebabkan kanser perut. Terdapat pelbagai jenis makanan laut dan ia pilihan yang baik sebagai sumber protein untuk kumpulan darah AB. Antara jenis-jenis ikan yang sesuai ialah ikan merah, salmon, sardin dan tuna. Produk tenusu seperti yogurt juga elok diambil di dalam diet seharian. Mereka juga digalakkan makan dalam kuantiti yang sedikit, tetapi kerap. Elakkan pengambilan kanji dan protein di dalam satu hidangan😦 .

Jenis O : kumpulan darah ini mudah terdedah kepada penyakit seperti ulser dan gangguan tiroid. Lazimnya mereka mempunyai tahap hormon tiroid yang rendah berikutan daripada rembesan iodin yang tidak cukup untuk mengitarkan hormon tersebut. Ini menyebabkan berlakunya pertambahan berat badan, penyimpanan air yang berlebihan di dalam badan (fluid retention) dan keletihan. Adalah digalakkan untuk kumpulan ini memakan ikan air masin (saltwater fish) untuk membantu peredaran kelenjar tiroid. Kumpulan darah ini mempunyai tahap asid perut yang tinggi yang menyebabkan mereka mudah mengalami ulser dan irritasi perut. Persediaan herba daripada likoris boleh membantu mengurangkan masalah ini.

(dipetik dari laman Dr D’adamo)

{Hukum asal semua makanan adalah mubah (harus) kecuali yang dinyatakan haram dalam al-Quran dan hadith. Ada ketikanya kita mendengar seseorang itu berpantang makan itu dan ini atas alasan kesihatan seperti alahan, darah tinggi atau kencing manis. Rasulullah s.a.w menggalakkan kita memakan kurma dan biji-bijian seperti kismis di dalam diet seharian. Jika dilihat daripada senarai pemakanan di atas, tidak ada satu pun kumpulan darah yang dikecualikan memakan makanan yang disyorkan oleh Rasulullah s.w.t.  Imam Ghazali juga pernah menyatakan larangan untuk mengambil nasi bersama susu atas sebab-sebab kesihatan. Sebagai kesimpulannya, diet seharian kita perlu diambil secara sederhana, mengikut penggabungan makanan yang betul, mengelakkan makanan yang tidak elok untuk kesihatan dan yang paling utama, ia datang dari punca yang halal🙂 }

 
Leave a comment

Posted by on March 9, 2010 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: