RSS

Yang menjadi rebutan

28 Mar

Pulau New Moore yang menjadi rebutan di Teluk Benggala telah tenggelam dengan peningkatan aras laut. Pulau tersebut dikenali juga sebagai Pulau Talpatty Selatan atau Pulau Purbasha. Pulau yang menjadi rebutan kerajaan India dan Bangladesh itu didapati telah hilang dari peta dunia sebagai bahana dari pemanasan global.

Perebutan wilayah dunia adalah antara perkara yang acapkali kita dengar. Negara-negara yang terlibat bersungguh-sungguh menuntut hak autonomi kepada daerah atau pulau yang sebahagiannya mempunyai kepentingan tertentu. Antara tuntutan wilayah yang mewujudkan persaingan yang sengit ialah tuntutan ke atas Kepulauan Spratly yang menjadi rebutan lima negara termasuk Malaysia.

Siapakah tuan punya yang paling berhak kepada pulau atau wilayah tersebut? Sudah pastilah segala hak itu kembali kepada Yang Maha Mencipta, Allah s.w.t yang mewujudkan dan melenyapkan segala ciptaanNya di langit dan di bumi.

“Bagi Allah jualah hak milik segala yang ada di langit dan di bumi, dan kepada Allah jualah dikembalikan segala urusan” (Ali ‘Imran: 109)

” Maka tidakkah mereka melihat bahawa kami menakluki daerah bumi yang kami kuasai dengan menguranginya sedikit demi sedikit dari sempadan-sempadannya?” (Al-Anbiya’: 44) 

Maka, lenyaplah Pulau New Moore, sebagai satu bukti kekuasaanNya untuk renungan seluruh umat manusia.

“Allah mencipta langit dan bumi dengan cara yang hak (dengan bertujuan), sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda (kebijaksanaan Allah) bagi orang yang beriman” (Al-‘Ankabut: 44)

 

* untuk rujukan kepada keajaiban saintifik di dalam al-Quran, layari halaman berikut http://www.miraclesofthequran.com/scientific_index.html

 
Leave a comment

Posted by on March 28, 2010 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: