RSS

Andai kau tahu

13 May

Ayat-ayat yang kudengar pagi tadi masih berlegar-legar di fikiran. Apa yang harus kukatakan padanya?

Berat benar tanggungan ujian hidupnya. Dari kata-katanya aku dapat merasakan dendam kesumat yang membara. Menyalahkan si fulan dan si fulan di atas segala kepayahan yang dilaluinya.

Patah hati, disakiti dan terus disakiti lagi. Derita jiwanya siapa yang tahu. Benar sungguh kata pepatah, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya untuknya” (Al-Baqarah:286)

Ketahuilah temanku, engkau sebenarnya sedang diuji. Untuk berapa lama lagi, hanya Dia yang tahu. Dia mahu menguji keimananmu kepadaNya. Apakah selepas ini engkau akan menjadi seorang insan yang bertambah keimanannya, atau rebah pada beratnya ujian hidup.

Janganlah kerana ujian itu engkau menyalahkan Dia. Jawapan untuk persoalan “kenapa aku?” ialah sebenarnya engkau terpilih untuk diuji. Berhentilah menyalahkan orang-orang disekelilingmu. Mereka itu hanya sekelumit daripada permasalahan hidupmu. Untuk mereka pasti ada balasannya kelak kerana buruk baiknya perbuatan anak Adam walau sebesar zarah pasti akan dihisab. 

Tiada apa yang dapat melembutkan hatimu selain daripada redha dan akur menerima ujiannya. Hamparkan sejadah, serahkan dirimu kepada Pencipta di dalam tahajudmu. Tadahkan tanganmu memohon kekuatan untukmu menempuh liku-liku hidupmu. Yakinlah, Dia sentiasa mendengar doamu. Betapa Allah menyayangimu, turunnya ujian itu kerana Dia mahu dirimu terus mengingatiNya.

Dia mahu mensucikan dosa yang terdahulu dan memberikanmu pahala yang besar jika menempuhinya dengan penuh sabar. Jangan biarkan dirimu tergelincir dari jalanNya dengan meratap dan menyalahkan Dia. Dia mahu mendidikmu menjadi seorang insan yang lebih baik.

 
Leave a comment

Posted by on May 13, 2010 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: