RSS

Fenomena El-Nino

22 Feb

Fenomena El-Nino melanda lagi. Cuaca panas ini dijangka berlarutan sehingga Mac atau April. Keadaan ini berlaku kerana secara relatifnya matahari berada terlalu hampir dengan garisan Khatulistiwa (March Equinox).

Sinaran mentari yang terik kadang-kadang mengganggu kegiatan seharian. Tetapi kesinambungan hidup perlu diteruskan. Oleh itu, ada beberapa langkah yang boleh kita ambil untuk menghadapi fenomena cuaca panas ini.

1) minum banyak air – pastikan badan kita mendapat bekalan air yang mencukupi untuk mengelakkan dehidrasi. Jumlah pengambilan air yang disyorkan ialah 7 atau 8 gelas air satu hari (lebih kurang 2 botol air mineral yang besar). Ini juga dapat mengelakkan daripada mendapat sakit tekak (sore throat).

2) kurangkan aktiviti di luar rumah – pastikan kita tidak banyak melakukan aktiviti di luar rumah atau pejabat ketika musim cuaca panas. Pastikan anak-anak tidak bermain di luar ketika matahari terik untuk mengelakkan mereka jatuh sakit.

3) elakkan aktiviti yang menjana kepanasan di dalam rumah – elakkan memasak ketika cuaca sangat panas 😦 . Kurangkan juga penggunaan alat-alat elektrik untuk mengurangkan bahang panas di dalam rumah.

4) pantau cuaca di dalam dan di luar rumah – buka tingkap ketika suhu di luar lebih sejuk berbanding dengan suhu di dalam rumah.

5) letakkan bidai/langsir pada tingkap yang mengadap matahari – ini dapat mengelakkan panas matahari masuk ke dalam rumah dan memanaskan ruang dalam rumah.

6) tanam pokok di sekeliling rumah – rajin-rajinlah menanam pokok di sekitar rumah anda untuk menyejukkan  dan menyeimbangkan cuaca persekitaran 🙂

7) elakkan lanskap yang tidak sesuai dengan cuaca panas – elakkan lanskap daripada batu-batuan, simen atau aspalt kerana ia akan menyebabkan kenaikan suhu di persekitaran rumah.

 
Leave a comment

Posted by on February 22, 2010 in Uncategorized

 

Leave a comment